Soalan dan Penyelesaian

Saya memilih beberapa item. Kemudian apabila saya klik laman 'Checkout' beberapa item tersebut hilang. Kenapa?

Ini mungkin disebabkan kelajuan internet anda telah berkurangan dan boleh menyebabkan masalah ini. Pihak kami telah sedaya upaya cuba mengatasi masalah teknikal ini seperti hanya menyediakan imej yang sederhana besar agar lebih ramai pengguna yang mempunyai kelajuan internet/komputer lebih perlahan dapat menikmati kemudahan pembelian yang disediakan oleh kami di sini.

Jika anda menghadapi masalah seperti ini, solusinya adalah dengan...

  1. Membuat pemilihan semula.
  2. Salin dengan menulis pada kertas untuk nama/kod produk tersebut, bilangan produk dari setiap nama/kod produk dan jumlah keseluruhan.
  3. Klik pada laman 'Checkout' (bukan butang 'Checkout' kerana butang ini diaktifkan untuk membayar melalui kad kredit/debit)
  4. Melihat no.akaun dan membuat pembayaran.
  5. SMS apabila selesai membuat pembayaran.
  6. Kembali ke laman 'Checkout' untuk mengisi borang pesanan dengan lengkap agar kiriman dapat sampai kepada anda.


Ada atau tidak kes di mana pelanggan memesan tetapi produk yang dipesan tidak sampai?

Setiap manusia melakukan  kesilapan. Mungkin ia pernah berlaku, tetapi bagi kami ia belum pernah berlaku kerana tidak ada laporan berkenaan dengannya. Jika ia tidak sampai kemungkinan pembeli tidak mengisi borang pesanan dengan betul terutama di bahagian alamat penghantaran.

Yang kedua ia boleh jadi lambat apabila pembeli tidak mengirim SMS apabila selesai membuat pembayaran samada secara offline/online mahupun penggunaan kad kredit/debit.

Ketiga, ia masih berkemungkinan berlaku walau peratusannya sangat kecil. Ia adalah masalah dari pihak kurier itu sendiri.

Walau bagaimanapun ia dapat di atasi jika kesemua pihak memberikan kerjasama yang baik. Bagi saya, tidak timbul soal kebimbangan kerana pihak kami juga mementingkan win-win situation.


0 comments:

Post a Comment

 

2012 Jom! Apa Yang Anda Nak Pakai? | Blogger Templates for HostGator Coupon Code | Modefied by: J-REKA TEAM
Sponsors: WooThemes Coupon Code, Rockable Press Discount Code